Monday, October 15, 2012

Apa itu "My Home Tuition"

PENGENALAN

My Home Tuition adalah salah satu tempat untuk anda yang mempunyai anak - anak yang lemah dalam pembelajaran atau kurang berminat dengan pembelajaran yang diikuti disekolah. Di "My Home Tuition" anda akan dapat menemui guru - guru yang berpengalaman luas untuk mendidik anak anda menjadi seorang yang minat terhadap pembelajaran.My Home Tuition mempunyai cara atau konsep tersendiri dalam membantu anak anda menyelesaikan masalah. Kami tidak akan mengajar pelajar dalam sebuah kelas yang ramai seperti pusat tuisyen yang lain. 

KONSEP PEMBELAJARAN

 Konsep pembelajaran di My Home Tuition ialah "One to One" dan "Grouping". Tetapi, anda jangan salah sangka pula ya, kumpulan yang dimaksudkan bukanlah sebuah kumpulan yang ramai. Kumpulan ini terdiri daripada 3 orang pelajar sahaja dalam satu kumpulan.

MENGAPA?

Ini kerana guru akan lebih dapat memfokuskan pengajaran kepada para pelajar. Selain itu pelajar juga akan lebih mudah memahami setiap subjek yang diajar. Malah bagi pelajar yang lemah dalam pembelajaran tidak perlu malu untuk bertanya kepada guru. Manakala, antara kelebihan pembelajaran dalam kumpulan yang kecil pula, mereka tidak rasa bosan belajar seorang diri dan boleh mewujudkan persaingan antara satu sama lain.

PEPERIKSAAN / UJIAN

Untuk pengetahuan ibu bapa, My Home Tuition akan mengadakan ujian pada setiap bulan. Ia bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian para pelajar selepas menerima pembelajaran di sini. Ia juga memudahkan para ibu bapa untuk mengetahui perkembangan anak anda.

BAHAN PEMBELAJARAN

 Bahan pembelajaran seperti :
  • Buku latihan 
  • kertas kerja (fotostat)
  • Sebuah buku Tulis (single line)
Ia akan di sediakan oleh pihak My Home Tuition secara PERCUMA. Para ibu bapa tidak perlu bersusah payah lagi pergi ke kedai buku untuk mencari buku yang bersesuaian untuk di bawa ke kelas nanti. Malah ia seragam dengan pelajar yang lain.